PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


widgeo.net

Tuesday, 7 April 2015

Sekolahku, syurgaku

SMK SUNGAI BAGING

Tanggal 14 Julai 2014, buat pertama kali saya melangkah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Baging, yang terletak di daerah Kuantan, Pahang. Sekolah ini merupakan sekolah yang pertama saya menjalani latihan mengajar selama 16 minggu. Saya diamanahkan untuk mengajar dua buah kelas iaitu dua Ibnu Khaldun dan empat Ibnu Battuta. Saya telah dipertanggungjawabkan di bawah bimbingan Pn. Nurul Asyikin Binti Taib iaitu merupakan guru bahasa Melayu di sekolah tersebut.


Guru Pembimbing


Barisan guru pelatih UPSI

Kami diterima di sekolah ini seramai enam orang iaitu guru bahasa Melayu, Sejarah, dan bahasa Inggeris. Perkenalan kami bermula di sekolah ini sehingga kini. 


Pelajar tingkatan 4 Ibnu Batutta


Pelajar tingkatan 2 Ibnu Khaldun


Alhamdulillah, sekarang menghitung hari untuk menghabiskan saki-baki semester 8 dengan menyibukkan diri menyiapkan tesis dan tugasan-tugasan yang lain. Sekolah ini banyak memberi pengajaran kepada saya mengenal erti kehidupan yang sebenar sebagai GURU





No comments:

Post a Comment