PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


widgeo.net

Tuesday, 7 April 2015

Pelaksanaan Kajian Tindakan

LANGKAH 1 : TINJAUAN AWAL

1.0 Mengenal pasti masalah 

Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Sesuatu yang didapati tidak memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan. Dalam konteks ini, masalah merupakan masalah di mana seseorang penyelidik itu ingin membuat kajian atau penyelidikan.
     
         Pada peringkat awal, guru harus prihatin dan mula melihat dengan lebih mendalam dan membuat catatan tentang apa yang dilihat di dalam bilik darjah dan membuat interpretasi tentang keadaan yang wujud di dalam bilik darjah. Guru boleh membincangkan bersama pelajar dan guru-guru lain tentang sebarang fenomena yang menarik perhatian guru yang boleh diperbaiki lagi. Selain itu juga, guru boleh berbincang atau mendapatkan input dari luar, sama ada daripada ibu bapa atau mereka yang memahami keadaan sekolah berkenaan. Di samping itu, guru juga boleh membuat temu janji dengan rakan-rakan yang lain untuk membincangkan isu-isu yang hendak dikaji yang telah dilihat dari pencerapan guru semasa mengajar di dalam bilik darjah berkenaan. Guru boleh membuat draf soalan yang boleh ditimbulkan semasa perbincangan nanti yang mana soalan berkenaan pada akhirnya akan cuba memberi satu jawapan atau jalan penyelesaiannya kepada permasalahan yang timbul di dalam bilik darjah.

Dalam mengenal pasti masalah spesifik atau persoalan kajian, ia melibatkan soalan-soalan seperti berikut:
i.                    Apa yang hendak kita ketahui?
ii.                  Apakah soalan-soalan yang boleh ditanya untuk memahami masalah tersebut?
iii.                Apakah (individu, artifak, amalan, dan lain-lain)?
iv.                Mengapakah masalah atau persoalan tersebut penting? Adakah ia merupakan persoalan yang signifikan dan akan menyumbang kepada bidang atau amalan?
v.                  Adakah masalah boleh dikaji berdasarkan sumber-sumber yang ada?
Selain itu, terdapat banyak cara atau kaedah yang telah digunakan dalam membantu pengkaji menentukan fokus kajian tindakan yang sesuai dan bermakna. Sagor (2004) dalam Othman Lebar (2011), misalnya telah membincangkan lima strategi spesifik dalam bukunya iaitu penulisan reflektif, penulisan jurnal, temu bual reflektif, wacana analitikk dan refleksi pasukan. Kelima-lima strategi ini memerlukan pengkaji membuat refleksi ke atas amalan mereka bagi menentukan fokus yang menjadi keutamaan untuk dikaji bagi tujuan mengubahh dan penambahbaikan. Dalam erti kata yang lain, pada peringkat ini, kajian adalah merupakan proses reflektif yang memerlukan penyertaan kajian berfikir dengan teliti semua dimensi isu yang melibatkan sesuatu masalah atau kekurangan.

2.0 Memahami masalah
Setelah masalah kajian dikenal pasti, langkah selanjutnya adalah untuk memahami dan mengetahui tentang masalah tersebut secara lebih mendalam dan terperinci. Maklumat perlu dikumpulkan dengan pelbagai cara untuk mengetahui dan memahami masalah dengan lebih baik. Antaranya:
i.                    Ujian pra
ii.                  Temubual
iii.      Analisis dokumen berkaitan seperti rekod kemajuan pelajar, keputusan ujian atau peperiksaan
Setelah maklumat tersebut dianalisis, kita akan tahu tentang masalah tersebut supaya dapat dibuat perancangan tindakan yang lebih sesuai untuk mengatasinya.

LANGKAH 2 : MERANCANG TINDAKAN
1.0 Pengenalan
Setelah mendapat fokus yang jelas tentang perkara yang hendak dikaji, maka perancangan selanjutnya perlu dibuat bagi menjalankan kajian tindakan yang sesuai. Perancangan kajian tindakan merupakan pemikiran tentang tindakan-tindakan yang akan dijalankan bagi masalah yang telah dikenal pasti dan difahami. Elliot (1991) dan Kemmis & McTaggart (1988) mencadangkan langkah-langkah berikut:
                                                        i.             Menulis penyataan fokus kajian
                                                      ii.            Definisikan pemboleh ubah yang berkaitan
                                                    iii.            Bentuk soalan kajian
                                                    iv.            Jelaskan intervensi atau inovasi yang dicadangkan
                                                      v.            Jelaskan rakan-rakan penyelidikan yang akan terlibat
                                                    vi.            Jelaskan perundingan  yang perlu dijalankan
                                                  vii.            Bina garis masa (timeline) kajian
                                                viii.            Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan akan digunakan
                                                    ix.             Nyatakan idea-idea tentang  pengumpulan maklumat
2.0 Pertimbangan dalam Merancang Tindakan
Semasa merancang kajian tindakan, perlu pertimbangakan perkara-perkara berikut:
a.          a.   Menjelaskan matlamat cadangan kajian tindakan yang berkait dengan masalah yang hendak                diselesaikan atau amalan yang hendak dipertingkatkan atau sesuatu idea baharu yang hendak               dicuba uji dalam konteks bilik darjah
  1. Menjelaskan sebab-sebab cadangan kajian tindakan itu diambil dengan memberikan asas pemikiran atau teori-teori berkaitan yang dapat menerangkan dengan lebih lanjut tentang reka bentuk dan skop tindakan.
  2. Menyenaraikan tindakan-tindakan atau aktiviti yang dicadangakan seperti:
      Tugas dan tanggungjawab
      Aktiviti-aktiviti
      Bahan-bahan
      Struktur organisasi
      Falsafah dan konsep baru tentang perubahan
      Bagaimana aktiviti dijalankann
      Jumlah gelungan kajian dan tempoh pelaksanaan untuk semua gelungan
      Cara-cara pemantauan perubahan, penilaian perubahan formatif dan sumatif
 Keperluan-keperluan lain seperti bahan rujukan, kewangan, kemudahan, kelengkapan, tenaga, dan masa



No comments:

Post a Comment